Monday, December 24, 2012

famous amos


Bahan-bahan ayak :
  • 2 1/4 cawan tepung gandum
  • 3 tsp serbuk koko
  • 2 Tbsp tepung jagung
  • 1/2 tsp soda bikarbonate
  • 2 Tbsp susu tepung
  • Secubit garam


Bahan-bahan lain : 
  • 250 gm mentega
  • 150 gm gula kastor
  • 1/2 tsp asen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 100 gm (1/2 cawan) coklat chip
  • 100 gm sebarang kekacang ( badam/gajus di cincang)
  • 3 tsp nestum





Cara-cara :

  1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
  3. Masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
  4. Masukkan coklat chip dan cincangan kacang dan nestum. Kacau rata.
  5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan.  Susun di atas dulang pembakar. PERHATIAN! JANGAN LETAKKAN BEBOLA RAPAT-RAPAT ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG DAN MELEPER SEWAKTU PROSES PEMBAKARAN.
  6. Bakar pada suhu 160 C selama 15-25 minit bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda menggunakan api atas dan bawah.
  7. Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

oreo black beuty

BAHAN A

280g mentega
200g gula castor

BAHAN B

250g tepung gandum
 50g koko
 30g tepung jagung
 20g biskut oreo kisar
1/2  sudu baking powder

cara-caranya

1)pukul bahan A hingga kembang

2)semua bahan B disatukan menjadi doh

3)campurkan bahan Adan B.sebatikan kemudian bulatkan dan golekkan       
  dengan oreo hancur letakkan di dalam kertas kueh dan bakar.

*untuk hiasan -putih telur
              -coklat masakan putih
              -croquant.

Saturday, December 22, 2012

resepi kek coklat



Bahan-bahan kek
1 cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak masak
1 cawan air suam
1/2 cawan susu pekat manis
2    cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
3 biji telur
Cara-cara
  1. Campurkan gula pasir, serbuk koko, minyak masak, air suam dan susu manis ke dalam periuk. Masak sebentar di atas api yang perlahan sehingga semua bahan larut.
  2. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder.
  3. Pukul telur sampai kembang, campurkan dengan adunan koko. Gaul rata dan campurkan adunan tepung. Gaul sebati dan tuang ke dalam acuan.
  4. Tutup acuan dengan aluminium foil supaya wap tidak masuk ketika mengukus. Kukus kek selama 45-60 minit dengan api yang perlahan.
  5. Keluarkan kek dari kukusan dan biarkan sejuk sebelum diletakkan topping ke atas kek.
Resepi asal: Ilham Dapur